Texts
Minhajul Muslim: Pedoman Hidup Seorang Muslim
Kesempurnaan Islam tergambar dalam aturannya yang lengkap atas berbagai aspek kehidupan manusia tanpa melepasi perkara yang kecil mahupun yang besar. Perbahasan mengenai akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah dapat kita temukan aturannya di dalam agama Islam. Hanya sahaja sedikit sekali orang yang mampu menggali nilai-nilai tersebut secara langsung dari dua sumber utama hukum Islam; al-Quran dan Sunnah Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Namun demikian, tidak banyak dari para ulama yang menuangkannya secara lengkap dalam tulisan-tulisan mereka. Sering kali sebuah buku menjelaskan Islam hanya sebatas pada satu aspek sahaja, misalnya hanya aspek akidah atau fiqih atau yang lainnya. Di sisi lain kita dapati sebuah buku membahas suatu permasalahan dalam tulisan yang panjang lebar bahkan hingga berjilid-jilid. Memang tidak mudah untuk menemukan satu karya tulis yang memberikan gambaran tentang ajaran Islam secara utuh dan menyeluruh namun ringkas.rnrnBuku yang ada di tangan pembaca ini merupakan satu dari sedikit karya tulis dalam bentuk ringkas yang menggambarkan ajaran Islam secara menyeluruh. Ditulis oleh seorang ulama besar yang tinggal di kota Madinah Saudi Arabia yang aktif memberikan ceramah-ceramah ilmiah di Masjid Nabawi. Hampir seluruh aspek agama dijelaskan dalam buku ini dengan merujukkannya kepada al-Quran dan Hadits Nabi. Ditambah lagi, buku ini disusun secara sistematik dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. Sehingga tidak hairan jika buku ini telah dicetak berulang kali dalam edisi aslinya dan tersebar luas di banyak negara. Oleh kerana itu, tidak berlebihan apa yang dikatakan oleh penulis buku ini di dalam mukadimahnya pada cetakan pertama, bahawa buku ini merupakan panduan seorang muslim yang tidak layak jika tidak terdapat di dalam rumah setiap muslim.
20180984 | 297.5 JAZ p 2014 k.1 | Fadel Muhammad Resource Center (Agama) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain